Kamus Kinkatsu

Serat Pemakanan dalam Cendawan
h1

Serat pemakanan yang banyak terkandung dalam cendawan
Terdapat banyak kesan seperti melegakan sembelit, mengawal peningkatan paras gula dalam darah yang mendadak dan membuang lebihan lemak ke luar badan, dan benyak lagi.

Memperbaiki kesihatan dalam usus

Di dalam usus manusia terdapat 100 trilion bakteria residen daripada 100 hingga 1000 jenis, dan boleh dibahagikan kepada 3 jenis iaitu, “Bakteria baik”, “Bakteria jahat” dan “Bakteria oportunis”.
Nisbah yang paling baik adalah “Bakteria baik 2: Bakteria Jahat 1: Bakteria oportunis 7”, tetapi nisbah ini boleh bertukar disebabkan peningkatan umur, cara gaya hidup dan gangguan gaya pemakanan, dan perubahan ini boleh menyebabkan sembelit dan kegemukan, dan kerosakan kulit.
Pengambilan serat pemakanan akan memperbaiki kesihatan usus dan akan menyebabkan peningkatan serapan vitamin dan mineral yang diperlukan untuk kecantikan kulit, membuang bahan sisa dan meningkatkan metabolisme.

Jumlah pengambilan standard serat pemakanan

TPengambilan standard serat pemakanan telah diperbaharui dalam “Rujukan Pengambilan Pemakanan Orang Jepun Edisi 2015” untuk umur 6 hingga 13 tahun.
Jumlah pengambilan standard bagi perempuan dewasa adalah 18g setiap hari, tetapi pengambilan purata serat pemakanan bagi perempuan dewasa adalah 14.3g, kurang daripada pengambilan standard.

Pengambilan Standard Serat Pemakanan(Jadual)
Rujukan Pengambilan Pemakanan Orang Jepun (Edisi 2015)

Lelaki 20g atau lebih Perempuan 18g atau lebih

Serat Pemakanan dalam Cendawan adalah sangat berkesan, kesan cendawan.