Kamus Kinkatsu

Glukan-β
h1

Glukan-β yang terdapat di dalam cendawan adalah sejenis serat pemakanan yang ada di dalam dinding sel cendawan. Ia dikenali sebagai bahan yang mengaktifkan imuniti badan dan meningkatkan keupayaan untuk melindungi badan.

Berkesan untuk mengelak dan memulihkan alahan, Komponen menaikkan imun dengan kuat

Glukan-β adalah serat pemakanan yang bertindak terus ke atas sel-sel imunisasi di dalam usus. Ia dikatakan menaikkan sistem imunisasi badan secara keseluruhan kerana ia menggalakkan penghasilan sejenis protein yang melindungi badan yang dikenali sebagai interferon, dan membantu organ yang bertanggungjawab untuk sistem imunisasi. Oleh keranaia juga dikatakan mengelakkan dan memulihkan alahan, sangat disarankan untuk mereka yang penyakit alahan seperti demam serbuk bunga.

Apabila anda sebut Glukan-β, anda akan ingat cendawan

Tidak banyak bahan makan mempunyai Glukan-β, dan anda boleh mendapatkannya daripada cendawan, barli dan gandum. Kandungan nutrien ini adalah sangat tinggi dalam cendawan, sehingga boleh dikatakan, “Ambillah cendawan untuk Glukan-β”. Jumlah kandungan Glukan-β bagi 100g cendawan mentah adalah 2.3g bagi Maitake, 2.0g bagi Bunapi, 1.9g bagi Eryngii, 1.8g bagi Bunashimeji, dan 1.5g bagi Hiratake Shimofuri (kajian Hokuto). Tiada kesan buruk sekiranya anda kekurangan Glukan-β tetapi anda boleh menaikkan keimunan anda dengan mengambil nutrien ini.
Digalakkan memakan cendawan ketika perut kosong kerana Glukan-β bertindak terus dalam usus

Glukan-β dalam Cendawan adalah sangat berkesan, kesan cendawan.