Kinoko (Cendawan) Hokuto

Bunapi

Tekstur lembut yang tidak boleh dilawan!

Cendawan dengan tekstur baru, lembut bila digigit dan senang ditelan.
Mempunyai rasa manis, dan rasa pahit cendawan yang kurang, terkenal dan senang diberikan kepada kanak-kanak.

Bunapi

“Bunashimeji Putih”,
produk asli Hokuto.

Bunapi adalah cendawan putih hasil dari pembaikan baka Bunashimeji.
Bukan sahaja untuk dimakan sebagai hidangan utama atau ulam, ia juga sesuai untuk digunakan dalam manisan untuk menikmati tekstur cendawan kerana tidak mempunyai rasa yang kuat.

Tekstur lembut yang hanya boleh dirasa dengan Bunapi.

Tempoh pertumbuhan Bunapi adalah lebih kurang 90 hari. Setiap jambak dibesarkan dengan cermat dalam persekitaran yang sangat selamat. Dituai apabila diameter jambakan adalah lebih kurang 15cm.
Pembaikan baka yang mendalam telah dijalankan, dan cendawan dengan tekstur lembut yang boleh digunakan dalam mi sejuk, salad dan pencuci mulut. Sejambak Bunapi adalah lebih kurang 100g.

Mempunyai kesan menghalang arteriosklerosis,
meningkatkan imuniti.

Dengan perubahan tabiat makan orang Jepun, penyakit gaya hidup seperti arteriosklerosis mula menjadi isu.
Bunapi telah disahkan mempunyai komponen yang berkesan merendahkan kandungan kolesterol dalam darah untuk menghalang arteriosklerosis dan meningkatkan imuniti.
Kami di Hokuto menganjurkan aktiviti Riben Pink, yang menyokong kesihatan anda semua.

Lihat keberkesanan dengan lebih dalam

Pengenalan Produk

Bunapi, cendawan yang mempunyai tekstur yang lembut, adalah Bunashimeji Putih, cendawan asli Hokuto hasil pembaikan baka Bunashimeji. Ia sesuai digunakan pelbagai jenis masakan seperti salad, direbus, atau dimasukkan di dalam sup dan juga pencuci mulut., Potong tapak cendawan, dan untuk menikmati rasa dan teksturnya, carikkan kepada kepingan besar sebelum memasak. Apabila anda memasak hirisan cendawan ini akan menghasilkan tesktur yang serupa dengan 'pearl' ubi kayu. 100g setiap bungkus. Bungkusan tanpa dulang.
100g setiap bungkus. Bungkusan tanpa dulang.

Bunapi

Cara Memasak

● Untuk menikmati tekstur cendawan ini, penting untuk tidak memotong terlalu halus.
● Dengan memanaskan dan menyejukkannya, menambahkan kelembutan tekstur cendawan ini. Menambahkan putih Bunapi dalam masakan anda akan memberi rupa yang menyegarkan .
● Potong tapak menjadi bentuk V terbalik akan meninggalkan banyak bahagian yang boleh makan.

ブナピー料理