Maklumat Korporat

Visi Hokuto

Menyahut cabaran secara global. Satu-satunya “Syarikat Komprehensif Cendawan” di Jepun.

Hokuto telah ditubuhkan pada tahun 1964 dengan tujuan untuk menjual bahan pembungkusan makanan. Kami telah mula penyelidikan botol penanaman cendawan yang dibuat daripada polipropilena yang selamat ketika gempa bumi di Niigata. Sejak daripada itu, kami telah berjaya mengeluarkan idea untuk menanam cendawan yang tersendiri, menyelidik jentera dan bahan untuk menaikkan kualiti penanaman cendawan, dan menjadi pengeluar utama bahan-bahan cendawan. Pada tahun 1983 kami telah menubuhkan “Pusat Penyelidikan Komprehensif Cendawan” untuk membentuk teknologi pengeluaran dan penyelidikan cendawan jenis baru menggunakan teknik bioteknologi. Dan mula menceburi bidang pengeluaran cendawan dengan serius. Bersama dengan itu, kami telah menubuhkan asas tersendiri kami sebagai “Syarikat Komprehensif Cendawan” yang mengendali semua aspek dari pengeluaran, penjualan dan penyelidikan cendawan, produk penanaman cendawan sehingga bahan pembungkusan. Kami mahu menjadi Syarikat Berorientasi R&D yang berada di pasaran dunia dengan perspektif “Menjumpai apa yang perlu dilakukan untuk membahagiakan pelanggan” yang tidak berubah sejak permulaan syarikat ini.

Menyahut cabaran secara global. Satu-satunya “Syarikat Komprehensif Cendawan” di Jepun.
 

Syarikat yang mencadangkan gaya makan baru yang kaya dan sihat kepada penduduk seluruh dunia.

Pada hari ini, penuaan penduduk dunia yang semakin pantas telah menyebabkan gaya makan pada abad ke-21 berubah dengan mendadak. Kami, dengan gaya pemakanan sihat menggunakan cendawan sebagai tema, berusaha untuk memudahkan penggunaan cendawan yang sangat elok untuk kesihatan dalam pemakanan seharian telah memulakan penyelidikan berkenaan cendawan secara komprehensif. Penyelidikan untuk mengekalkan kesihatan juga sedang dijalankan. Kami, sebagai syarikat terkemuka dalam bidang pembaikan masa hadapan, sedang menuju matlamat dengan menggunakan sepenuhnya teknik terkini bioteknologi, menyahut cabaran secara dinamik, dan memenuhi keperluan masyarakat.

Syarikat yang memajukan produk yang mesra alam bersama dengan pengguna, pengeluar dan masyarakat setempat.

Kami, sebagai syarikat yang mewujudkan budaya pemakanan yang kaya dan sihat, telah menetapkan “5 Kepuasan Hati” dalam pernyataan misi kami, bukan sahaja pengguna kami, tetapi kami juga mahu menjadi syarikat yang boleh membesar bersama dengan pemegang saham, pelanggan dan masyarakat setempat yang telah banyak menyokong kami. Untuk merealisasikannya, Visi Hokuto telah ditubuhkan, menjadi syarikat yang meletakkan penekanan kepada penyelidikan dan pembangunan, perspektif global, mesra alam, dan sebagai syarikat yang mengambil berat akan masa depan pekerja, dan bergerak maju bersama-sama kehadapan.