Kinoko (Cendawan) Hokuto

Maitake

Tebal dan rangup! Sejambak Maitake

Maitake Hokuto dituai dan dijual dalam jambakan, sama seperti Maitake asli. Kerana cendawan ini dibungkus bulat-bulat selepas dituai, selain dari kesegaran dan tahan lama, ia adalah tebal dan rangup.

Maitake

Tebal! Rangup!
Penuh dengan kesedapan

Maitake adalah makanan bernilai di Jepun sejak dulu lagi kerana keenakkannya. Cendawan yang enak dan garing, boleh digunakan dalam semua jenis masakan.
Pembaikan baka telah diteruskan sejak mula dipasarkan, dan kebelakangan ini jenis cendawan yang mempunyai payung yang tebal dan sedap telah dikeluarkan dan dijual.

Sejambak dibungkus bulat-bulat sebelum dipasarkan!
Itulah sebab ia sedap.

Jumlah Maitake yang dikeluarkan di pusat Kinoko seluruh negara adalah 37.7ton setiap hari. Dengan piawaian pengurusan yang ketat, ia dibesarkan dengan cermat selama lebih kurang 30 hari sebelum dipasarkan. Dibesarkan kepada saiz jambakan yang boleh dipasarkan, dan kerana ia dibungkus bulat-bulat, kami boleh menyampaikan cendawan ini dalam keadaan yang lebih segar.

Sangat kaya dengan “Vitamin Kecantikan”

Cendawan sering dianggap mempunyai khasiat yang rendah kerana rendah kalori dan menyihatkan, tetapi sebenarnya ia adalah bahan makanan yang kaya dengan vitamin dan galian serta serat pemakanan, yang dikatakan sebagai nutrien ke-6. Maitake adalah kaya dengan kumpulan Vitamin B yang dipanggil sebagai “Vitamin Kecantikan”, berguna untuk pertumbuhan semula kulit. Lebih berkesan dengan pengambilan bersama daging dan ikan.

Lihat keberkesanan dengan lebih dalam

Pengenalan Produk

Digoreng atau dijadikan sup, atau digoreng sebagai tempura, Maitake boleh dimasak dalam pelbagai cara dengan menggunakan keenakkannya.
Untuk menikmati keenakan dan tekstur, masak potongan yang besar adalah disyorkan. Maitake Hokuto boleh dikoyak dengan tangan dan terus dimasak begitu sahaja tanpa dibasuh, sangat senang.
100g setiap bungkus. Bungkusan tanpa dulang.

Maitake

Cara memasak

● Sangat serasi dengan minyak, dan kerangupannya menjadikanya senang untuk ditumis.
● Apabila dimasak dengan daging, enzim dalam cendawan akan melembutkan daging.
● Mempunyai banyak komponen sedap, boleh menghasilkan stok sup yang elok untuk rebusan.

Maitake