Maklumat Korporat

Ucapan

Ucapan

"Budaya makan cendawan"
yang lazat dan sihat di Jepun
dan di dunia,

Providing a delicious, healthy “mushroom dietary culture” in Japan and the world.

Saya gembira untuk memberitahu anda bahawa pada tahun 2014, Hokuto telah menjangkau ulangtahun penubuhan yang ke-50. Ia telah ditubuhkan sebagai peniaga bahan-bahan pembungkusan makanan pada tahun 1964, dan kini ia telah berkembang menjadi satu-satunya "Kumpulan Syarikat Bersepadu Kinoko" di Jepun yang melibatkan penyelidikan dan pembangunan, pengeluaran dan jualan cendawan.
Kesedaran terhadap kesihatan meningkat di Jepun dan juga di luar negara, dan kini idea memakan kulat adalah amat berguna untuk membina badan yang sihat telah diiktiraf secara meluas dan boleh dikatakan bahawa permintaan cendawan ini terus menerus meningkat. Kemudian Hokuto telah menubuhkan sistem untuk menyampaikan cendawan berkualiti tinggi secara stabil dari pusat pengeluaran yang terletak berdekatan dengan kawasan penggunaan. Di samping itu, Hokuto pada masa ini, mempunyai pejabat di Amerika Syarikat, Taiwan dan Malaysia dan sedang mengembangkan perniagaannya ke luar negara. Pada masa hadapan, kami akan menumpukan perhatian pada penyelidikan pasaran untuk jualan di Eropah dan China.

Dengan mengambil kira keperluan pasaran di Jepun, dan sudah tentu juga keperluan pasaran di setiap negara di dunia, Hokuto mencadangkan idea baru kami sendiri dan berharap lebih ramai pelanggan akan menikmatinya. Dalam usaha untuk berbuat demikian, kita mempunyai perspektif global tidak kira tempatan atau luar negara, dan seluruh syarikat akan bekerja bersama-sama dan maju ke hadapan dengan mensasarkan kepada penciptaan dan pengembangan "budaya makan cendawan" yang lazat dan sihat.

Wakil Pengarah dan Presiden, Masayoshi Mizuno