Maklumat Korporat

C.I Hokuto

Konsep C.I

C.I adalah kata singkat untuk “Corporate Identity (Identiti Korporat)” yang bermaksud kesedaran dan kesefahaman antara semua kakitangan. Dengan penjenamaan, kepentingan kewujudan syarikat dalam masyarakat menjadi jelas dan setiap kakitangan dapat menjalankan tugas dengan tahap kesedaran yang tinggi dan menggalakkan aktiviti C.I. Rasa tanggungjawab ke atas produk keluaran syarikat juga menjadi jelas dengan penggunaan lambang jenama syarikat dan pada masa yang sama, menguatkan ikatan bersama dengan pelanggan dan bergerak menuju budaya makan yang selamat dan sihat bersama-sama dengan pelanggan kami. Kami akan terus menghasilkan cendawan dengan menggunakan sistem kawalan kualiti yang menyeluruh, dan memikirkan cara untuk menyumbang ke arah budaya makan yang kaya dan berguna untuk menggalakkan kesihatan

Berkaitan lambang jenama

ホクトブランドロゴ
  • 1. Kami menggantikan huruf ‘T’ dalam HOKTO dengan cendawan supaya sesiapa sahaja tahu yang syarikat kami adalah sebuah syarikat (pakar) cendawan dengan hanya sekali pandang, tidak kira mereka tua atau muda.

  • 2. Maksud nama syarikat kami, Hokuto adalah bentuk bintang simbolik pada payung cendawan yang telah dimasukkan sebagai petunjuk jalan untuk syarikat kami.

  • 3. Untuk warna lambang jenama, kami telah memilih campuran warna merah (Merah Tua Hokuto) dan warna hijau (Hijau Tua Hokuto) yang menambah selera makan kerana sebagai syarikat pengeluar makanan kami mahu mengekspresikan keseronokan memakan dan membuat makanan.
    Dan sebagai sebuah syarikat terkemuka industri ini, kami telah memilih tona warna yang tenang dan bergaya.