Kinoko (Cendawan) Hokuto

Eryngii

Cendawan serbaguna yang rangup

Eryngii berkualiti tinggi yang dihasilkan dengan inokulum yang dihasilkan sendiri dan teknik penanaman asli Hokuto.
Mengandungi serat pemakanan tinggi yang boleh memperbaiki mengatasi masalah sembelit, dan kolesterol yang rendah boleh mencegah hati yang berlemak.

Eringi

Sangat berpuas hati dengan kerangupan!
Cendawan paling terkenal.

Eryngii berasal dari Eropah dan Amerika Utara. Dengan kajian mendalam, Hokuto mula penanaman dan penjualan bersungguh pada tahun 1995. Cendawan paling popular yang mempunyai kandungan serat pemakanan yang tinggi dan sangat rangup, sehingga ada yang mengatakan teksturnya sama seperti abalon.

30 hari sehingga penghantaran.
Setiap batang dihasilkan dengan berhati-hati di kilang.

Jumlah Eryngii yang dikeluarkan di pusat Kinoko seluruh negara adalah 49.7ton setiap hari. Dalam lebih kurang 30 hari ia dibesarkan dalam persekitaran seperti hutan musim luruh dan kemudian dikeluarkan untuk penghantaran. Status pembesaran setiap batang disemak sebelum dikeluarkan walaupun kilang kami besar. Cendawan adalah dibesarkan dengan cermat dengan menggunakan teknik penanaman bertahun kami.

Berkesan untuk lemak neutral!

Eryngii telah mendapat perhatian apabila Universiti Shinshu mengumumkan ia berkesan untuk mencegah kerosakan hati.
Asalnya Eryngii adalah makanan rendah kalori tetapi kebelakangan ini, ia telah diiktiraf untuk memberi kesan menenangkan penyerapan lemak neutral dan mengumpul perhatian dari dalam dan luar negara.

Lihat keberkesanan dengan lebih dalam

Pengenalan Produk

Anda boleh merasa pelbagai tekstur Eryngii dengan hanya menukar cara potongan.
Anda boleh cuba memasaknya dengan pelbagai cara seperti menghiris, memotong bulat atau mengoyakkan secara menegak.
Selain daripada itu, cendawan ini adalah sangat padat, memasaknya adalah sangat senang.
Cendawan yang sangat memuaskan hati dan sangat serasi dengan minyak dan protein. 100g setiap bungkus.

Eringi

Cara memasak

● Rasa cendawan boleh ditukar dengan menukar cara memotong, seperti hiris atau potong bulat.
● Kerana ia sangat serasi dengan minyak, menumis dan ahijo adalah cara memasak yang disyorkan.
● Serat pemakanan yang tinggi dan tekstur yang rangup menjadikan ia sangat berguna bila mahu menambahkan isipadu makanan.

Eringi