Maklumat Korporat

Hokuto 10 Kata Kunci

Mengenai penyelidikan

Kata Kunci01Generasi kelima

Di Hokuto, pengeluaran Bunashimeji dimulakan pada tahun 1989. Selepas itu, kami mencari Bunashimeji yang lebih baik, dan pembiakannya diteruskan. Kini, bakanya adalah generasi kelima. (Mengambil kira jenis baka yang dikomersialkan sahaja.)
Di Hokuto, kami bukan hanya terus melindungi rasanya, tetapi kami juga mengesyorkan penghasilan cendawan yang lebih baik.

Ketahui lebih lanjut

Selain daripada itu, produk utama Hokuto, iaitu Eryngii adalah generasi ketiga, Maitake adalah generasi ketiga dan Bunapi adalah generasi pertama. Di samping itu, cendawanpada masa sekarang dalam penyelidikan juga sedang berevolusi setiap hari untuk dikomersialkan pada masa hadapan.

Kata Kunci02Kira-kira 10,000 stren

Di Institut Penyelidikan Umum Hokuto, kira-kira 1 juta stren bakteria diawet pada suhu yang rendah. Stren bakteria ini adalah koleksi cendawan liar, jenis hebat yang diperolehi dalam pembangunan baka, telah disimpan untuk digunakan sebagai sumber genetik.

Ketahui lebih lanjut

Koleksi cendawan liar dilakukan di seluruh Jepun. Di samping itu, bagi penyelidik Hokuto, walaupun cendawan tidak sesuai untuk kegunaan manusia, ia akan menjadi bahan kajian berharga untuk meneroka bahan fisiologi aktif yang berguna.

Kata Kunci03Generasi berikut

Di Institut Penyelidikan Umum Cendawan Hokuto, kami juga memberi tumpuan kepada pembangunan "cendawan generasi berikut" selepas cendawan produk utama. Pada masa ini, penanaman cendawan hon-shimeji yang penanamannya dikatakan sukar telah berjaya, pendaftaran baka baru juga, penanaman ujian dan jualan ujian telah dibuat.

Ketahui lebih lanjut

Selain pembangunan jenis baka baru, pelbagai tema penyelidikan yang berkaitan dengan cendawan telah dimulakan, dan hasil mengenai pembuktian (bukti, keputusan pengesahan) berkaitan fungsi aktiviti fisiologi cendawan juga telah dibangkitkan.

usaha korporat

Kata Kunci04Kitar semula

Medium cendawan telah menggunakan bahan-bahan mentah tumbuhan, dan selepas musim cendawan dituai, ianya boleh digunakan semula (kitar semula) sebagai baja kompos di lading-ladang dan dusun. Di samping itu, botol polipropilena yang digunakan untuk penanaman cendawan juga, sama ada yang patah dan lama dihasilkan semula sebagai bahan mentah untuk bekas dan penutup di kilang kami sendiri.

Ketahui lebih lanjut

Medium cendawan selepas musim menuai menjadi makanan ternakan berkualiti tinggi yang mengandungi miselium cendawan, dan ia juga telah digunakan semula sebagai makanan untuk ternakan seperti lembu.

Kata Kunci05Geran insentif penyelidikan

Selepas penubuhan Yayasan Penggalakan Sains Biologi Hokuto pada Jun 1997, kami memberi bantuan geran insentif penyelidikan untuk para penyelidik setiap tahun. Ininya sebagai sebahagian daripada sumbangan sosial, bertujuan untuk pertukaran dan penyebaran bioteknologi, mensasarkan untuk menyumbang kepada latihan dan pembangunan industri tempatan, dan setakat ini 401 orang penyelidik telah menerima geran ini dengan jumlah keseluruhannya melebihi 270 juta yen.
Untuk pembangunan bioteknologi masa akan datang, kami akan meneruskan aktiviti bantuan melalui Yayasan Penggalakan Sains Biologi Hokuto.

Ketahui lebih lanjut

Di yayasan ini, setahun sekali, kami mengadakan “Perjumpaan Pemerhatian Cendawan” dengan mengalu-alukan kedatangan guru pensyarah. Penyelidik dari Hokuto turut hadir, dan pertukaran pandangan secara akademik juga telah dijalankan secara aktif dalam mesyuarat penilaian.

mengenai pengeluaran

Kata Kunci06Kira-kira satu pertiga

Eryngii” yang merupakan produk utama Hokuto merangkumi kira-kira 46% daripada jumlah pengeluaran negara. Bunashimeji adalah kira-kira 34%, Maitake adalah kira-kira 26%, dan Bunapi adalah 100% yang merupakan 100% baka asli daripada Hokuto. (Daripada artikel Trend Pengeluaran Hasil Hutan Tujuan Khas Tahun 2018)
Dalam usaha untuk menyampaikan cendawan Hokuto yang selamat dan terjamin ke meja makan anda, kami membina pusat cendawan di seluruh negara, dan menghasilkan banyak cendawan.

Ketahui lebih lanjut

Jumlah pengeluaran “Bunapi” yang telah dibangunkan secara unik oleh Hokuto, kini adalah kira-kira 1600t / tahun fiscal 2017. Pada masa akan datang, kita akan berusaha mensasarkan untuk melanjutkan penyampaiannya ke meja makan anda.

Kata Kunci07Seluruh negara

Cendawan Hokuto disampaikan daripada pusat cendawan di 34 kilang di 21 lokasi di seluruh negara, dari Hokkaido di utara hingga ke Kyushu di selatan. Dengan mendirikan pusat cendawan di seluruh negara, kami membina pangkalan pengeluaran yang rapat dengan pengguna, dan menyampaikan cendawan segar di atas meja makan menerusi pengeluaran kawasan-kawasan penggunaan yang menitikberatkan kesegaran.

Ketahui lebih lanjut

Bilangan cendawan yang dituai dan dikeluarkan setiap hari di pusat cendawan di seluruh negara adalah kira-kira 2.5 juta pek dengan mengguna pek 100g.

Kata Kunci084S

“4S" adalah amalan penyisihan, penyusunan, pembersihan dan penyeragaman. Di pusat cendawan yang menanam cendawan, dengan motto utamakan penyeragaman, ia memastikan pembersihan dan pengurusan sanitasi sehari-hari. Sebagai sebahagian daripada usaha itu, "Semakan 4S" adalah perkara yang wajib.
Cendawan Hokuto yang telah ditanam di persekitaran yang bersih dapat bertahan lama dan telah menerima penilaian yang tinggi.

Ketahui lebih lanjut

Mesin yang bersentuhan dengan cendawan mesti diuraikan kepada bahagian-bahagiannya dan dibersihkan setiap hari. Beberapa jam diperlukan untuk pembersihan mesin sahaja, tetapi ini adalah proses sangat penting yang tidak boleh ditinggalkan walaupun satu hari.

mengenai Pengurusan

Kata Kunci09Lima kepuasan

“Lima Kepuasan” telah disenaraikan sebagai motto korporat Hokuto. Ia adalah “Kepuasan Pengguna”, “Kepuasan Pelanggan”, “Kepuasan Masyarakat Setempat”, “Kepuasan Pemegang Saham” dan “Kepuasan Pekerja Kami”. Setiap kepuasan ini berkait rapat antara satu sama lain dan tidak boleh tiada walaupun satu. Sebagai falsafah korporat Hokuto, ia menjadi garis panduan penting dalam menjalankan aktiviti perniagaan.

Ketahui lebih lanjut

Hokuto mengesyorkan budaya makan yang kaya dan sihat, bukan sahaja Jepun tetapi juga untuk orang di seluruh dunia sebagai “syarikat komprehensif cendawan” daripada penyelidikan cendawan yang dibangunkan dengan teknologi bioteknologi yang unik sehingga kepada pengeluaran cendawan, penjualan dan pembangunan bahan, dan mensasarkan “Kedai Cendawan Dunia” yang bermula dari Jepun.

Kata Kunci10Kestabilan

Di Hokuto, polisi asas kami ialah membayar dividen lebihan sebanyak dua kali setahun untuk dividen pertengahan dan akhir tahun, dan kami mensasarkan dividen yang stabil.

Ketahui lebih lanjut

Selepas ini juga, kami akan meletakkan pulangan keuntungan pemegang saham kami sebagai objektif pengurusan yang penting, dan kami akan terus bekerja secara proaktif untuk memulangkan keuntungan, seperti dividen tambahan dan pembahagian saham.