Kinoko (Cendawan) Hokuto

Bunashimeji

Tiada rasa pahit, tekstur rangup!

Produk standard syarikat ini, Bunashimeji, telah diperbaiki dari hari ke hari, kini adalah generasi ke-8.
Rasa pahit, satu ciri cendawan asli, telah dikurangkan sebanyak mungkin, dan cendawan ini penuh dengan keenakkan.

Bunashimeji

Bahan yang boleh membantu ketika dalam kesusahan!?

Bunashimeji Hokuto yang enak dan tidak mempunyai rasa yang kuat, boleh digunakan dengan senang dalam pelbagai cara masakan seperti dimasak bersama nasi, ditumis dan digoreng.
Ia juga boleh diguna dalam salad, sangat berguna bila mahu menambah satu lagi lauk untuk dimakan.

Kaya dengan komponen sedap, setiap jambak ditanam dengan cermat.

Tempoh pertumbuhan Bunashimeji adalah selama lebih kurang 90 hari. Setiap jambak dibesarkan dengan cermat dalam persekitaran yang sangat selamat. Dituai apabila diameter jambakan adalah lebih kurang 15cm.
Bunashimeji liar mempunyai rasa yang pahit, tetapi dengan kajian mendalam Hokuto, kami menghasilkan Bunashimeji tanpa rasa pahit.
Sejambak Bunashimeji adalah lebih kurang 100g.

“Ornitin” adalah 5-7 kali ganda dari kandungan dalam kepah!
Kesan kesihatan yang menjadi tumpuan ramai.

Ornitin yang terkandung di dalam Bunashimeji adalah 5-7 kali ganda dari kandungan dalam kepah. Ornitin juga dikatakan berkesan untuk mencegah pening disebabkan mabuk dan berkesan dalam kecantikan dan menguruskan badan.
Cendawan yang senang digunakan dan variasi masakan yang banyak, membolehkan anda mendapatkan khasiat harian dengan senang.

Lihat keberkesanan dengan lebih dalam

Pengenalan Produk

Bunashimeji mempunyai rasa yang sedap dan tekstur yang rangup.
Sesuai digunakan dalam pelbagai masakan dari salad, direbus, sebagai isi stimbot atau digoreng.
Potong tapak cendawan, dan untuk menikmati rasa dan teksturnya, koyakkan dalam potongan besar sebelum memasak. 100g setiap bungkus. Bungkusan tanpa dulang.
Kebelakangan ini, Bunashimeji yang telah dipotong tapaknya, atau Bunashimeji potong telah mula dijual untuk menyenangkan memasak.

Bunashimeji

Cara memasak

● Untuk menikmati tekstur cendawan ini, penting untuk tidak memotong terlalu halus.
● Cendawan yang mempunyai komponen enak yang sangat banyak, bila mahu memasukkannya dalam sup, rebus dalam air dengan lama untuk mengeluarkan komponen enak dari cendawan.
● Potong tapak menjadi bentuk V terbalik akan meninggalkan banyak bahagian yang boleh makan.

ブナシメジ料理