Kamus Kinkatsu

Kinkatsu menerusi cendawanh1

“Kinkatsu menerusi cendawan” adalah gaya hidup yang mengamalkan pemakanan cendawan setiap hari. Huruf Kanji “Kin (fungus)” yang juga boleh dibaca sebagai cendawan yang merupakan satusatunya bahan yang bila dimakan adalah bagaikan mengambil fungus itu sendiri. Ia adalah raja bahan yang sesuai untuk Kinkatsu!
Pengambilan cendawan setiap hari boleh membantu pembinaan badan yang cantik dan sihat.

Tenaga untuk mendapatkan badan yang cantik dan sihat!

Pengambilan cendawan lebih dari sekali setiap hari boleh memberikan pelbagai kesan positif. Sebagai contoh, cendawan yang kaya dengan serat pemakanan boleh menyelesaikan sembelit dan meningkatkan kesihatan dalam usus anda, berkesan untuk mendapat usus yang sihat iaitu faktor yang diperlukan untuk mendapatkan kesihatan dan kecantikan. Kerana anda boleh mendapat badan yang tidak mengumpul lebihan makanan, anda boleh makan tanpa risau dan cendawan yang kaya dengan kumpulan vitamin B, menaikkan penghasilan sel kulit yang menyumbang kepada kecantikan kulit! Ia juga meningkatkan metabolisme badan jadi ia juga berkesan untuk menurunkan berat badan dan mencantikkan kulit. Selain daripada itu, cendawan terdapat banyak nutrien yang elok untuk badan seperti Kalium yang berkesan untuk bengkak dan tekanan darah tinggi, Ornitin yang elok untuk mengelakkan pening kerana mabuk, GABA yang berkesan untuk menghilangkan tekanan, Glukan-β yang meningkatkan imunisasi.
Pastikan anda sentiasa ada cendawan di rumah anda, dan dengan hanya menambahkan cendawan kepada masakan anda, anda boleh memulakan Kinkatsu dengan mudah.

Kinkatsu menerusi cendawan adalah sangat berkesan, kesan cendawan