Kamus Kinkatsu

Kumpulan Vitamin B
h1

Kinoko (cendawan) adalah kaya dengan vitamin kumpulan B yang berkesan untuk metabolisme 3 nutrien utama iaitu lipid, karbohidrat dan protein. Sebab ia juga membantu kecantikan kulit dan memperbaiki kepenatan, ia adalah makanan yang elok untuk wanita dan kanak-kanak yang sedang membesar.
Kumpulan Vitamin B adalah nama panggilan untuk 8 vitamin iaitu vitamin B1, B2, B6, B12, asid folik, niasin, biotin dan asid pantonenik.

Vitamin diperlukan untuk menjana tenaga.

Vitamin kumpulan B yang terdapat di dalam cendawan adalah B1, vitamin yang membantu metabolisme karbohidrat. Vitamin B1 adalah nutrien yang memainkan peranan untuk membakar kalori yang telah diambil. Kesan kekurangan vitamin ini adalah penghasilan tenaga dari karbohidrat yang kurang efisien menyebabkan karbohidrat yang berlebihan menjadi lemak di dalam badan dan mengakibatkan kegemukan. Mereka yang mempunyai masalah kegemukan mudah mendapat sembelit, menyenangkan mereka untuk mendapat sakit usus dan masalah kulit. Ini adalah satu vitamin yang anda patut ambil untuk menjaga kesihatan dan kecantikan anda.

Vitamin B2, atau nama lain, “Vitamin Kecantikan”

Vitamin B2 adalah nutrien yang memainkan peranan untuk metabolisme lipid. Vitamin B2 adalah nutrien yang mempunyai kesan kecantikan sehingga dipanggil “Vitamin Kecantikan”. Selain daripada memantapkan jangka hayat kulit anda dan menjaga kulit dan selaput dalam keadaan normal, ia juga membantu metabolisme lipid. Metabolisme lipid yang tidak normal adalah sebab masalah vesikel, ekzema dan sebum yang menyebabkan masalah kulit maka jika anda mahu memperbaikkan kecantikan kulit mereka, ambillah Vitamin B1.

Menyerlahkan kuasa untuk memulihkan kepenatan.

Nutrien yang berkait rapat dengan pemulihan kepenatan adalah Vitamin B1 yang menghalang pengumpulan asid laktik yang dikatakan penyebab kepenatan di dalam badan. Vitamin B1 juga boleh menyebabkan penghasilan tenaga dengan membakar karbohidrat, maka pengambilan vitamin ini boleh membantu pengeluaran tenaga, dan menghalang gejala-gejala yang menyebabkan keletihan dan kelesuan, cepat marah dan kemerosotan fungsi motor badan anda.

Vitamin B6, diperlukan untuk membina otot

Otot terdiri daripada protein dari daging dan ikan. Untuk proses menukarkan protein tersebut kepada otot memerlukan vitamin B6. Anda perlu mengambil banyak B6 untuk mendapatkan banyak protein. Tambahan lagi, vitamin B6 juga berguna untuk mengekalkan kulit dan selaput yang sihat.

Vitamin B2 dalam Cendawan adalah sangat berkesan, kesan cendawan.